• Sun. Jun 4th, 2023

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Gelagat ‘mereka’ hanya menambah kebencian rakyat

Nov 26, 2022
Spread the love

BAGAN SERAI – Pesuruhjaya PAS Perak Tuan Hj Razman Zakaria hadir dan berucap dalam program Liqa’ Fikri PAS kawasan Bagan Serai yang diadakan di Dewan Abdul Wahab Nor Masjid Tinggi.

Dalam ucapannya beliau menceritakan sedikit sebanyak tentang kronologi penubuhan kerajaan negeri. Menurutnya pelbagai pembohongan dilakukan oleh musuh demi mengabsahkan keberadaan mereka sebagai peneraju kerajaan.

Walaubagaimanapun, beliau menyeru agar semua penyokong dapat bersabar kerana apa yang berlaku hanya menambah kebencian rakyat kepada gelagat yang ditunjukkan oleh mereka.

Beliau turut memberi ibrah di mana penghijrahan nabi dan para sahabat akhirnya menjadikan Madinah sebagai pusat perluasan cahaya Islam ke seluruh Semenanjung Arab.

Ibrah itu seolah berlaku di Bagan Serai bertitik tolak apabila beliau bertanding mempertahankan DUN Gunung Semanggol dan kini Ustaz Idris dari Bukit Gantang akhirnya berjaya mengembangkan pengaruh PAS di Perak dan Semenanjung Malaysia.

Turut hadir, Ahli Parlimen Bagan Serai Datuk Ustaz Idris Ahmad yang juga Naib Presiden PAS Pusat dan ADUN Selinsing Ustaz Sallehuddin Abdullah.