• Sun. Jun 4th, 2023

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Gelombang Hijau vs Gelombang Merah

Dec 14, 2022
Spread the love
1.  Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) memandang serius kenyataan Lim Kit Siang berhubung tsunami ‘gelombang hijau’ yang dikaitkan dengan Islam dan politik yang mengancam dan membimbangkan.
2.  Kenyataan beliau yang tidak menghormati pilihan rakyat secara demokrasi dan tidak menghormati pilihan rakyat majoriti melayu Islam.
3.  Agak menghairankan DAP yang beramal dengan sistem demokrasi tiba-tiba tidak boleh menerima kenyataan pilihan rakyat secara demokrasi.
4.  Sokongan gelombang hijau kepada Perikatan Nasional pada Pru 15 ialah 54% berbanding Pakatan Harapan hanya 11%.
5.  Sokongan orang cina kepada DAP-PH pula adalah 98%, dan apakah ini boleh dinamakan sebagai gelombang merah yang sedang  membawa agenda sosialisme komunis??
6.  Sewajarnya kita menghormati pilihan rakyat secara demokrasi berpalimen dalam sistem pilihanraya berpalimen.Meningkatkan lagi ‘tension’ Islamophobia kepada Islam dan sentimen anti melayu adalah doktrin hasutan paling ampuh DAP membawa agenda ‘Malaysian Malaysia’-sosial demokrasi yang menolak Islam agama persekutuan dan hak istimewa orang melayu dan bumiputera.
7.  Sikap DAP semakin menyerlah sebagai sebuah parti yang sangat tebal rasisnya dengan membawa gelombang merah berideologi libralisme sosialisme-republikan.

MOHD ZAI MUSTAFA
Pengerusi
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)

14 Dis 2022