• Sun. Jan 26th, 2025

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

GEMPAR!! Selangor kini dipenuhi ‘Semut Merah’

Dec 25, 2021
Spread the love

SHAH ALAM, 25 DISEMBER 2021 – Di sini merah, di sana merah, mana-mana merah, rancak berkerja..iyeahhh!!!

Begitulah permandangan yang kelihatan di lokasi-lokasi banjir. Betapa ramainya anggota Jabatan AMAL dari merata pelusuk negeri turun tangan membantu mangsa-mangsa banjir di Selangor.

Anggota Jabatan AMAL Malaysia sebenarnya lebih suka dikenali sebagai ‘Semut Merah’ atau ‘Tentera Merah’.

Kini nama Jabatan AMAL disebut-sebut ketika jemaah perlukan bantuan. Mereka tidak mengharapkan bayaran, pengiktirafan dan pujian malah kebanyakan pemimpin Dewan Pemuda PAS bermula dari Cawangan , Kawasan , Negeri dan Pusat juga menggangotai Jabatan ini.

Semut merah melambangkan AMAL sebagai pekerja Jemaah Islam atau amilin. Sifat semut ini lebih dekat dengan amilin AMAL kerana sikap dan keperibadian anggota AMAL itu sendiri.

Mereka hadir dengan kenderaan dan duit sendiri, ada yang berkereta, ada yang berkongsi van malah ramai juga yang bermotosikal, hanya kerana tertanam tanggungjawab dalam diri mereka menyahut seruan tugasan yang pastinya hanya menjanjikan panas terik dan hujan lebat. Inilah sikap anggota amal yang tidak ada dalam parti lain.

Alhamdulillah semakin bertambah ramai anggota Jabatan AMAL turun membantu mangsa banjir di Selangor. Semoga Allah permudahkan segala urusan.

Kepada Allah SWT jualah kita semua berdoa supaya diberikan kekuatan serta kesabaran kepada mereka. Juga dikurniakan pahala amal pengorbanan kepada mereka gara-gara dikecam oleh haters.

Takziah kepada ahli keluarga dan Jabatan Amal Malaysia di atas kehilangan seorang wira sukarelawan Tuan Ahmad Zaki Bin Mahbar.

Allahyarham merupakan salah seorang sukarelawan Khidmat Malaysia Negeri Johor meninggal dunia ketika bertugas dalam ‘Ops Banjir’ di Bukit Changgang Sepang.

Semoga diganjari dengan sebaik-baik ganjaran disisi Allah SWT dan ditempatkan bersama para solehin.

إنا لله وإنا إليه راجعون.
اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه.