• Thu. Feb 6th, 2025

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Geng Ustaz hantar bantuan segera ke mangsa banjir Pantai Timur

Spread the love

SHAH ALAM, 27 FEB 2022 – Geng Ustaz Cintakan Ulama’ mula menyampaikan sumbangan dan menghantar bantuan terhadap mangsa banjir di Kelantan dan Trengganu kali ini.

Sebelum ini Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani bersama Geng Ustaz telah melancarkan Tabung Bencana Banjir sejurus sahaja banjir melanda Terengganu dan terbaru adalah Kelantan.

NGO ini juga bersiap sedia dengan beberapa bot untuk digerakkan ke lokasi banjir yang semakin buruk dengan membawa barang keperluan seperti makanan kering, lampin pakai buang, keperluan mandi, pakaian terpakai dan tuala wanita.

Ustaz Ahmad Dusuki juga menyeru para penyumbang untuk menghantar barangan keperluan terus ke Kompleks Darul Thibbun Nabawi atau terus ke akaun yang terdapat di poster yang disertakan.

Bantuan segera di perlukan.. Ayuh!!!