• Thu. Feb 6th, 2025

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Geng Ustaz kecam kebiadapan pelaku di Tahfiz Kuala Lipis

Aug 14, 2022
Spread the love

KENYATAAN MEDIA

  1. Pertubuhan Pendokong Dan Pencinta Ulama (Geng Ustaz) merujuk kepada isu yang tular belakangan ini berkenaan keganasan yang telah berlaku di salah satu pusat tahfiz di Kuala Lipis.
  2. Geng Ustaz mengutuk sekeras kerasnya kepada pelaku keganasan tersebut. Perlakuan biadap tersebut tidak sepatutnya berlaku lagi lagi di tempat menuntut ilmu Allah yang sepatutnya menjadi satu tempat yang selamat dan harmoni.
  3. Geng Ustaz juga menggesa pihak berkuasa agar segera menjalankan siasatan dan heret manusia yang bertanggungjawab ke muka pengadilan supaya menjadi pengajaran di masa akan datang.
  4. Amatlah kesal dan sedih keadaan masyarakat kita yang saban hari semakin nipis adab dan akhlak islami di kalangan masyarakat. Oleh yang demikian Geng Ustaz menyeru rakan rakan NGO, pihak kerajaan dan seluruh parti politik untuk menjalankan usaha usaha memulihkan dan mendidik nilai akhlak mulia di kalangan masyarakat.

Sekian.

15 Muharram 1444H bersamaan 13 Ogos 2022
Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulama (Geng Ustaz)