
Kenyataan Media
Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulama (Geng Ustaz)
- Kami merujuk kepada kenyataan akhbar Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN), Prof. Emeritus Datuk Dr. Mahmood Zuhdi yang menyatakan sekolah pondok menyebar fahaman ekstremis yang telah disiarkan pada akhbar Utusan Malaysia hari ini yang bertarikh 31 Julai 2022.
- Sesungguhnya kenyataan ini adalah suatu kenyataan yang dangkal dan tidak berpijak di bumi yang nyata.
- Geng Ustaz merasa sangat kesal dengan kenyataan berbaur ekstrem dan berniat jahat tersebut, yang seolah olah dibuat seperti mahu menimbulkan naratif baharu menolak institusi pondok dan memberi persepsi dan gambaran buruk terhadap sekolah sekolah pondok. Kenyataan yang dibuat adalah penuh sangkaan dan lari dari fakta yang sebenar.
- Geng Ustaz membantah dan menuntut supaya kenyaataan sedemikian ditarik balik serta permohonan maaf wajar dibuat bagi menjernihkan kembali keadaan.
2 Muharram 1444H bersamaan 31 Julai 2022
Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulama (Geng Ustaz)