• Tue. Apr 29th, 2025

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Geng Ustaz sokong penuh pengisytiharan YDP MAIN Pahang

May 9, 2023
Spread the love

Kami daripada Pertubuhan Pendokong Dan Pencinta Ulama ( Geng Ustaz ) menyokong penuh kenyataan dan perisytiharan yang dibuat oleh YDP Majlis Ugama Dan Adat Istiadat Resam Melayu Negeri Pahang berhubung makluman senarai nama alim ulama’ atau tokoh agama yang dikecualikan perakuan kebenaran mengajar agama Islam .

Umum mengetahui bahawa para alim ulama’ dan asatizah merupakan salah satu entiti yang mulia dalam masyarakat. Mereka juga merupakan ahli ilmu yang perlu dihormati. Namun, masih ada segelintir, entiti yang masih tidak memahami dan tidak menghormati golongan ulama dan asatizah yang telah memberikan khidmat kepada masyarakat.

Geng Ustaz berharap dengan pengisytiharan yang telah dilakukan oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Pahang ini dapat di ikuti oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam yang lain.

Umat Islam di Malaysia memerlukan ilmu agama yang disampaikan oleh mereka yang pakar dalam bidangnya berteraskan ahli sunnah wal jamaah.

Selain itu, kami mengharapkan agar semua MAIN, JAIN, dan Institusi Agama Negeri dapat bersama kami mempertahankan institusi ulama dan asatizah di negara kita ini agar bumi Malaysia menjadi contoh kepada negara Islam yang lain.

Pertubuhan Pendokong Dan Pencinta Ulama (Geng Ustaz)