SHAH ALAM, 28 JUN 2021 – Tular baru-baru ini kerajaan membenarkan sektor Kredit Komuniti (KK) atau Pemberi Pinjam Wang (PPW) berdaftar dibuka dalam tempoh sekatan pergerakan penuh ketika ini bagi mengelakkan orang ramai meminjam daripada ceti haram.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin, berkata banyak permintaan diterima daripada orang ramai khususnya peniaga kecil meminta sektor itu dibuka untuk membolehkan mereka membuat pinjaman bagi meneruskan perniagaan masing-masing.
Hari ini Ustaz Ahmad Dusuki juga merupakan Yang Dipertua PAS Shah Alam telah memuatnaik status di dinding Facebooknya dengan mencadangkan agar digerakkan seluruh Pusat Zakat dan Baitulmal untuk membantu mereka yang terkesan akibat pandemik.
“Saat ini keperluan rakyat bukan menambahkan beban, tetapi membuka ruang kepada keringanan beban untuk di tanggung.
Jika begitu, gerakkan seluruh pusat zakat dan baitul Mal yang ada untuk tidak berhutang. Masa inilah simpanan baitul mal perlu di keluarkan, bagi meringankan bebanan dan penderitaan.
Buka jalan bagi yang dalam kesusahan. Inilah jalan Islam. Bukan membebankan!!!”