PENDUDUK Malaysia dan sebahagian besar Asia Tenggara bakal menyaksikan fenomena gerhana matahari separa pada Khamis.
Bagaimanapun, gerhana yang berlaku kali ini ialah gerhana matahari hibrid, iaitu bayang-bayang bulan yang menutupi matahari di sepanjang laluan tengah gerhana dan akan berubah daripada gerhana cincin menjadi gerhana penuh serta berakhir dengan gerhana cincin.
Kali terakhir gerhana tersebut dilihat di Malaysia ialah pada 21 Jun 2020.
Bagi menyaksikan fenomena alamiah tersebut, waktu kemuncak gerhana akan berlaku sekitar pukul 11.55 pagi atau hampir tengah hari di Semenanjung Malaysia.
Manakala di Sabah pula, ia akan berlaku sekitar pukul 12.30 tengah hari, dengan waktu mula dan akhir akan bermula sekitar 30 minit hingga 1 jam 30 minit, sebelum dan selepas waktu kemuncak bergantung kepada lokasi.
Sehubungan itu, Rektor Akademi Astronomi Malaysia, Akademi Falak Malaysia, Shahrin Ahmad tampil memberikan panduan untuk rakyat Malaysia menyaksikan fenomena yang jarang berlaku itu di 23 lokasi utama seluruh negeri.
Berikut adalah senarai lokasi untuk menyaksikan fenomena gerhana matahari separa pada Khamis berserta masa awal, kemuncak dan penamat:
1. Kuah, Langkawi, Kedah: Masa mula (11.27 pagi), kemuncak (11.58 pagi), tamat (12.30 tengah hari).
2. Kangar, Perlis: Masa mula (11.26 pagi), kemuncak (11.59 pagi), tamat (12.32 tengah hari)
3. Georgetown, Pulau Pinang: Masa mula (11.19 pagi), kemuncak (11.57 pagi), tamat (12.36 tengah hari)
4. Alor Setar, Kedah: Masa mula (11.24 pagi), kemuncak (11.58 pagi), tamat (12.36 tengah hari)
5. Ipoh, Perak: Masa mula (11.31 pagi), kemuncak (11.56 pagi), tamat (12.42 tengah hari)
6. Shah Alam, Selangor: Masa mula (11.05 pagi), kemuncak (11.54 pagi), tamat (12.46 tengah hari)
7. Kuala Lumpur: Masa mula (11.05 pagi), kemuncak (11.55 pagi), tamat (12.47 tengah hari)
8. Seremban, Negeri Sembilan: Masa mula (11.02 pagi), kemuncak (11.54 pagi), tamat (12.48 tengah hari)
9. Melaka: Masa mula (11 pagi), kemuncak (11.54 pagi), tamat (12.50 tengah hari)
10. Kota Bharu, Kelantan: Masa mula (11.19 pagi), kemuncak (12.02 tengah hari), tamat (12.47 tengah hari)
11. Kuala Terengganu, Terengganu: Masa mula (11.13 pagi), kemuncak (12.02 tengah hari), tamat (12.53 tengah hari)
12. Kuantan, Pahang: Masa mula (11.06 pagi), kemuncak (11.59 pagi), tamat (12.55 tengah hari)
13. Johor Bahru, Johor: Masa mula (10.55 pagi), kemuncak (11.55 pagi), tamat (12.58 tengah hari)
14. Kuching, Sarawak: Masa mula (10.54 pagi), kemuncak (12.08 tengah hari), tamat (1.52 petang)
15. Sibu, Sabah: Masa mula (10.57 pagi), kemuncak (12.12 tengah hari), tamat (1.31 petang)
16. Bintulu, Sarawak: Masa mula (11 pagi), kemuncak (12.17 tengah hari), tamat (1.36 petang)
17. Miri, Sarawak: Masa mula (11.04 pagi), kemuncak (12.21 tengah hari), tamat (1.40 petang)
18. Labuan, Sabah: Masa mula (11.08 pagi), kemuncak (12.25 tengah hari), tamat (1.44 petang)
19. Kota Kinabalu: Masa mula (11.11 pagi), kemuncak (12.29 tengah hari), tamat (1.48 petang)
20. Kudat, Sabah: Masa mula (11.14 pagi), kemuncak (12.32 tengah hari), tamat (1.51 petang)
21. Tawau, Sabah: Masa mula (11.06 pagi), kemuncak (12.29 tengah hari), tamat (1.52 petang)
22. Sandakan, Sabah: Masa mula (11.11 pagi), kemuncak (12.32 tengah hari), tamat (1.54 petang)
23. Semporna, Sabah: Masa mula (11.07 pagi), kemuncak (12.31 tengah hari), tamat (1.55 petang). — Majoriti