Ahli syurga masuk ke dalam syurga yang penuh dengan kenikmatan bersama kumpulan-kumpulan mereka. Kehadiran mereka disambut dengan begitu terhormat oleh para malaikat. Allah SWT berfirman:
Yang bermaksud: “Dan orang-orang yang bertakwa kepada Rabb-nya dibawa ke dalam syurga secara berkumpulan. Sehingga apabila mereka sampai ke syurga itu sedang pintu-pintunya telah terbuka; dan berkatalah kepada mereka penjaga-penjaganya, ‘Kesejahteraan (dilimpahkan) atasmu, berbahagialah kamu! Maka masuklah ke dalam syurga ini, sedang kamu kekal di dalamnya’.”
(Surah al-Zumar 39: 73)
Segala kenikmatan yang ada di dalam syurga merupakan perkara ghaib dan jalan untuk mengetahuinya hanyalah melalui berita-berita langit daripada ayat-ayat al-Quran serta hadith- hadith Rasulullah SAW.