• Sun. Dec 8th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Haramkan perkataan Kafir: Ajaran Fadhlina Sidek bukan ajaran Islam

Mar 30, 2024
Spread the love

  1. Menjadi suatu yang amat janggal dan pelik apabila tular satu klip hari ini di mana kelibat YBM Fadhlina Sidek menyatakan betapa tegasnya beliau menegah anak-anak dirumahnya untuk memanggil orang kafir itu sebagai kafir.
  2. Saya terpanggil untuk menyatakan dan menegaskan ajaran, permikiran dan didikan tersebut merupakan sesuatu yang jauh daripada amalan dan ajaran Islam.
  3. Tidakkah YBM pernah mendengar firman Allah SWT pada surah Al-Fath ayat 29:

{ مُّحَمَّدٞ رَّسُولُ ٱللَّهِۚ وَٱلَّذِينَ مَعَهُۥٓ أَشِدَّآءُ عَلَى ٱلۡكُفَّارِ رُحَمَآءُ بَيۡنَهُمۡۖ تَرَىٰهُمۡ رُكَّعٗا سُجَّدٗا يَبۡتَغُونَ فَضۡلٗا مِّنَ ٱللَّهِ وَرِضۡوَٰنٗاۖ سِيمَاهُمۡ فِي وُجُوهِهِم مِّنۡ أَثَرِ ٱلسُّجُودِۚ ذَٰلِكَ مَثَلُهُمۡ فِي ٱلتَّوۡرَىٰةِۚ وَمَثَلُهُمۡ فِي ٱلۡإِنجِيلِ كَزَرۡعٍ أَخۡرَجَ شَطۡـَٔهُۥ فَـَٔازَرَهُۥ فَٱسۡتَغۡلَظَ فَٱسۡتَوَىٰ عَلَىٰ سُوقِهِۦ يُعۡجِبُ ٱلزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ ٱلۡكُفَّارَۗ وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ مِنۡهُم مَّغۡفِرَةٗ وَأَجۡرًا عَظِيمَۢا }
[Surah Al-Fatḥ: 29]

Maksudnya:
Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; DAN ORANG-ORANG YANG BERSAMA DENGANNYA BERSIKAP KERAS DAN TEGAS terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka – dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Allah hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki – dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar.

  1. Allah nyatakan dan memuji sikap orang-orang beriman yang bersama-sama dan dididik Rasulullah SAW itu antara sikap mereka ialah sikap yang tegas dan keras terhadap orang kafir dan bersikap kasih sesama orang beriman.
  2. Allah umpamakan pada penghujung ayat yang sama bahawa orang-orang yang beriman tersebut ibarat satu pohon yang bertunas dan membiak dengan sifat dan ciri-ciri yang sama dan Allah mahukan ia terus berkembang biak dan kuat gagah supaya orang-orang kafir itu MARAH dan HASAD DENGKI dengan umat Islam didikan Rasul SAW.
  3. Dalam ayat lain Allah SWT berfirman di dalam surah At Taubah: { يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ قَٰتِلُواْ ٱلَّذِينَ يَلُونَكُم مِّنَ ٱلۡكُفَّارِ وَلۡيَجِدُواْ فِيكُمۡ غِلۡظَةٗۚ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلۡمُتَّقِينَ }
    [Surah At-Tawbah: 123]

Wahai orang-orang yang beriman! Perangilah orang-orang kafir musyrik yang berdekatan dengan kamu; dan BIARLAH MEREKA MERASAI SIKAP KEKERASAN (serta ketabahan hati) yang ada pada kamu; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa (dengan memberikan pertolonganNya).

  1. Lihatlah pada ayat ini pula bagaimana perintah Allah SWT yang mengajar orang beriman supaya tidak mempedulikan perasaan orang-orang kafir yang terasa hati daripada sikap kekerasan dan ketegasan orang-orang beriman kerana sesungguhnya Allah bersama orang-orang beriman.
  2. Maka saya persoalkan kembali ajaran YBM Fadhlina, Islam dari manakah yang beliau ambil yang menyuruh umatnya supaya menjadi kasih pada orang kafir dan keras pada umat Islam sehingga menegah label kafir kepada mereka kerana mahu jaga perasaan mereka? Janganlah didahulukan logik akal atau perasaan peribadi melebihi dari petunjuk Al Quran. YBM tidak ada hak sedikitpun untuk mengubah klasifikasi dan pembahagian yang telah dibuat oleh Allah di dalam Al-Quran. YBM juga tidak perlu menjadi terlebih ‘rahmah’ buat orang kafir sehingga label yang digunakan pun mahu dipolemikkan sebagai satu benda yang salah walhal perkataan seperti “pemimpin Melayu bangsat” pernah keluar dari mulut yang sama.
  3. Di bulan yang mustajab doa ini, saya doakan beliau diberi taufiq dan hidayah Allah. Saya doakan juga anak-anak beliau menjadi orang yang paling kuat menentang kekufuran dan orang-orang kafir yang benci dan tidak suka dengan Islam.

19 Ramadhan 1445H
Ahmad Syakir bin Norazli
Ketua Penerangan
Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulama (Geng Ustaz)