• Sat. Dec 7th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Harga mahal sangat kurangkan makan ayam kata Rafizi

Dec 24, 2022 ,
Spread the love

Faktor kenaikkan harga barangan antara lain disebabkan pengguna masih membelinya walaupun terdapat peningkatan, kata Rafizi Ramli.

Menteri Ekonomi kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) itu berkata pengguna masih sanggup membayar pada harga yang tinggi walaupun dikenakan peniaga dan ia antara faktor punca inflasi terus meningkat.

“Walaupun harga barang makanan dan minuman bukan alkohol terus naik,orang ramai terus membeli dan membayar pada harga yang lebih tinggi yang dikenakan oleh peniaga.

“Ini sedikit sebanyak menyumbang kepada kenaikan harga barang makanan dan minuman bukan alkohol yang terus naik dan dirasakan tidak turun,” katanya semasa sidang media Penerbitan Indeks Harga Pengguna (IHP) November 2022 hari ini.

Rafizi kemudiaan memberi contoh kenaikkan harga ayam kerana walaupun ia meningkat tetapi pengguna masih membelinya pada harga yang lebih tinggi.

“Sewajarnya jika harga ayam itu sudah terlalu mahal kita tidak membelinya,” katanya lagi.

Kategori perbelanjaan yang paling mempengaruhi inflasi adalah harga barang makanan dan minuman bukan alkohol pada wajaran 29.5 peratus, yang merupakan kumpulan perbelanjaan paling besar bagi isi rumah.

Perbelanjaan makanan dan minum bukan alkohol pula dipecahkan kepada makanan di rumah pada wajaran 16.9 peratus perbelanjaan dan makanan di luar rumah pada 11.5 peratus.

Walaupun harga barang makanan dan minuman bukan alkohol terus naik, orang ramai terus membeli dan membayar pada harga yang lebih tinggi yang dikenakan oleh peniaga. AD