“Masih sukar nak mendapat tempahan telur sekarang walaupun ramai kata bekalan telur mencukupi,” itu kata Md Sentu Sheikh Abdul Jullil, 42, pekerja Pasar Raya Pemborong Bhuiyen Sdn Bhd di Jalan Haji Hussein berhampiran Pasar Raja Bot, di sini.
Tinjauan 1 tengah hari di kedai berkenaan yang menjual ikan, daging, ayam, udang, sotong, telur, barangan runcit dan lain-lain itu mendapati hanya tinggal telur ayam kampung dijual.
“Masih sukar nak mendapat tempahan telur sekarang walaupun ramai kata bekalan telur mencukupi,” itu kata Md Sentu Sheikh Abdul Jullil, 42, pekerja Pasar Raya Pemborong Bhuiyen Sdn Bhd di Jalan Haji Hussein berhampiran Pasar Raja Bot, di sini.
Sudahlah susah cari, harga pula naik kepada RM18.50 sepapan berbanding biasanya RM11.50, RM13.50 atau RM14.50 sepapan mengikut ditawarkan kedai.
Yang aneh-aneh sahaja harga sekarang. Telur satu daripada makanan harian pun naik harga. Tak sepatutnya sukar untuk rakyat dapatkan telur di mana-mana pun.
Memang betullah telur susah nak dapat terutama gred A. Kekurangan bekalan telur sangat mengganggu perniagaan.