• Mon. Dec 9th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

“Hari Raya sibuk berjoging, tidur” Ustaz Dusuki sound mereka tak bantu ibadah korban

Jul 10, 2022 ,
Spread the love

SHAH ALAM, 10 ZULHIJJAH 1444H – Pendakwah bebas Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani menyelar sikap segelintir pihak yang tidak meraikan Aidiladha dengan sewajarnya termasuk membantu aktiviti korban.

Menurutnya, Aidiladha adalah hari gembira bagi umat Islam dan ia tidak wajar dipenuhi dengan aktiviti yang tidak sepatutnya dilakukan ketika sambutan hari kebesaran berkenaan. 

“Hari raya (Aidiladha) merupakan hari gembira bagi mukmin, menjadi peliklah jika di hari raya sibuk berjoging, memenuhi restoran, tidur dan melayan rancangan TV, mengapa tidak pergi membantu mereka yang berkorban?,” soalnya dalam hantaran ringkas di Facebook.

Ibadah korban dalam erti lain dapat menyatakan penduduk setempat menerusi kerjasama yang dijalankan semasa melakukan penyembelihan dan melapah daging korban.

Musim perayaanlah masa yang sesuai untuk mereka berkumpul selepas sibuk berkerja.

Maka itu amat janggallah sekiranya hari perayaan ini masing-masing tidak ambil peduli untuk sama-sama menyemarakkan lagi semangat silaturahim sesama umat.