• Sun. Feb 9th, 2025

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Harimau Malaya tunjukkan Thailand mara ke final Piala Raja 2022

Sep 23, 2022
Spread the love

KUALA LUMPUR: Malaysia mengaibkan Thailand di ‘kandang’ sendiri selepas mara ke final Piala Raja Thailand 2022 hasil kemenangan 5-3 menerusi sepakan penentuan selepas terikat 1-1 di Stadium Chiang Mai, malam tadi.

Kemenangan itu membolehkan skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon bertemu Tajikistan pada pentas final selepas lawannya terlebih dahulu menewaskan Trinidad dan Tobago 2-1 pada aksi sebelah petang.

Kegagalan Supachok Sarachat menyempurnakan penalti memaksa Thailand terpaksa menelan keperitan apabila perlu melihat negara lain menjulang Piala Raja Thailand 2022.

Pada aksi terbabit, Malaysia berjaya menggertak Thailand dengan permainan bertenaga dan sentiasa menekan di garisan tinggi bagi memastikan tuan rumah tidak mampu ‘bernafas’ untuk merencana gerakan.

Percubaan pemain sayap, Arif Aiman Hanapi pada minit ke-17 tersasar sebelum gawang Malaysia diselamatkan dengan terjahan kemas Ahmad Khuzaimi Piee yang menghalang Sarachat daripada melakukan percubaan pada minit ke-23.

Malaysia membuatkan penyokong Thailand terkedu pada minit ke-32 selepas hantaran Safawi Rasid disudahkan La Vere Corbin Ong di hadapan mulut gol Thailand untuk meletakkan Malaysia di depan 1-0.

Aksi kemas Ahmad Syihan memastikan pintu gol Malaysia terus dikunci apabila cemerlang menafikan percubaan Bordin Phala pada minit ke-38.

Bersambung babak kedua, Thailand tampil lebih garang namun benteng pertahanan negara tenang mengawal asakan Thailand yang berusaha keras bagi mendapatkan gol penyamaan.

Malaysia berpeluang menambah gol kedua menerusi tandukan Darren Lok, namun ditepis Kampon Phatomakkakul pada minit ke-60 sebelum Syihan menyelamatkan sekurang-kurangnya tiga percubaan yang seharusnya menghadiahkan gol buat Thailand.

Selepas Malaysia beraksi dengan 10 pemain apabila Nor Azam Azih dilayangkan kad kuning kedua di hujung permainan, Pansa Hemviboon mengikat kedudukan menerusi sentuhan terakhir sekali gus mengheret perlawanan ke sepakan penalti penentuan