• Mon. Apr 28th, 2025

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Helikopter milik tentera Israel terhempas, dua juruterbang terkorban

Jan 4, 2022 ,
Spread the love

.

BAITULMUQADDIS: Satu unit helikopter milik tentera Israel terhempas di perairan Mediterranean menyebabkan dua juruterbang terbunuh manakala seorang lagi cedera.

Helikopter maritim jenis Atalef itu terhempas semalam ketika latihan penerbangan.

Menurut jurucakap tentera, pasukan penyelamat termasuk Unit Misi Bawah Laut Pasukan Tentera Israel dikerahkan bagi operasi menyelamat.

Dua juruterbang bagaimanapun gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Komander Tentera Udara Israel, Amikam Norkin mengumumkan penangguhan sementara semua jenis latihan penerbangan. – AFP