• Thu. Feb 6th, 2025

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Himpunan sambutan tahun baru tak dibenarkan

Dec 29, 2020 ,
Spread the love

Sambutan tahun baharu 2021 secara perhimpunan adalah tidak dibenarkan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Beliau berkata sambutan yang biasanya disambut secara besar-besaran itu boleh mewujudkan risiko penyebaran COVID-19 jika ia dianjurkan di mana-mana lokasi di negara ini.

“Sambutan ada pelbagai cara, ada sambutan secara bersendirian, bersama keluarga di rumah dan sebagainya tetapi secara perhimpunan memang tidak dibenarkan kali ini.

“Ini kerana ia akan melibatkan perhimpunan yang penjarakan fizikalnya tidak dapat dikawal,” katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini.

Beliau berkata keputusan mengenai perkara itu bergantung kepada pandangan dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan ia hanya akan dilaksanakan apabila disarankan kementerian itu.

Sebelum ini kerajaan memutuskan untuk membenarkan pergerakan rentas negeri dan daerah di seluruh negara tanpa kebenaran polis kecuali di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai 7 Dis lepas.