• Mon. Dec 9th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Hishammuddin tukar ‘bio’ di Facebook kepada Ahli Parlimen Sembrong

Aug 16, 2021
Spread the love

KUALA LUMPUR: Di sebalik pengesahan rasmi mengenai kedudukan barisan Jemaah Kabinet,

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mencuri tumpuan selepas mengemas kini ‘bio’ di laman Facebooknya kepada ‘Ahli Parlimen Sembrong’.

Hishammuddin yang memegang jawatan sebagai Menteri Kanan Keselamatan di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN) turut menulis jawatan beliau sekarang adalah sebagai Bendahari Agung Barisan Nasional (BN).

Kemas kini yang dibuat kira-kira 2.30 petang itu dipercayai sekali gus mengesahkan bahawa beliau telah meletak jawatan.