Berkuatkuasa semalam pula, Hospital Shah Alam akan menukar status mereka dari hospital hibrid Covid-19 kepada hospital pertama tanpa pesakit Covid-19 di Selangor.
Pengarah Kesihatan Selangor Dr Sha’ari Ngadiman mengatakan ekoran penukaran status ini, Hospital Shah Alam hanya akan menerima pesakit bukan Covid-19 dan kes pandemik hanya akan dilayan di bahagian kecemasan sahaja.
Kes Covid-19 hanya akan diterima di bahagian kecemasan sahaja dan kita akan rujuk kes-kes ini ke Hospital Ampang, Hospital Sungai Buloh dan pesakit berisiko rendah akan di bawa ke pusat kuarantin di MAEPS.
Dengan Hospital Shah Alam dijadikan hospital untuk pesakit bukan Covid-19 sepenuhnya, ia kini boleh membuat pembedahan dan beroperasi seperti hospital normal.
Keputusan ini dibuat selepas menukar Hospital Ampang menjadi hospital khusus untuk rawatan Covid-19 berkuatkuasa pada 23 Jun kelmarin.
Hospital Ampang merupakan pusat rujukan untuk penyakit berkaitan darah. Jadi, walaupun ia telah menjadi hospital khusus Covid-19, kita masih akan mengekalkan ia menjadi pusat rujukan serta untuk obstetrik dan paediatrik.
Ketiga-tiga ini tidak akan diganggu walaupun selepas menjadi hospital khusus Covid-19.
”Tambahnya lagi, sebanyak 700 katil telah disediakan di Hospital Ampang bagi menampung pesakit Covid-19 kategori tiga dan empat.