• Mon. Dec 4th, 2023

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Ibu bapa mahu sesi sekolah bermula pada Januari

Jan 31, 2023
Spread the love

SELEPAS Covid-19 melanda negara, banyak perkara yang terjejas dan masih belum kembali kepada normal termasukan sesi persekolahan yang dianjak.

Sesi persekolahan tahun 2022/2023 masih belum berakhir dan perkara ini nyata mengelirukan bukan sahaja ibu bapa, tetapi juga para guru.

Seorang warganet, Marlina Alisha Danial Luqman mahu waktu persekolahan kembali seperti sebelum ini.

“Tahun baharu, kenaikan kelas, ada periksa, baru semangat nak sekolah. Ini periksa pun tiada, nak tahu tahap kecemerlangan anak pun susah. Harapkan penilaian sahaja,” katanya.

Perkara sama turut dinyatakan Rosidah Haji Muhammad yang mahukan sesi persekolahan dikembalikan seperti sebelum Covid-19 melanda.

Jelasnya, bukan sahaja anak-anak, bahkan ibu bapa pun sukar hendak membiasakan diri bila permulaan sesi sekolah pada Mac.

“Harap dapat dikembalikan sesi persekolahan seperti yang dulu supaya murid mempunyai semangat untuk kembali ke sekolah selepas cuti tahun baharu,” katanya.

Sementara itu, Subashini Kamalasagaram yang juga seorang guru turut mahukan sistem persekolahan yang lama.

Ujarnya, sistem yang ada sekarang mengelirukan guru, murid-murid dan ibu bapa selain meminta supaya Kementerian Pendidikan mempertimbangkan permintaan untuk kembalikan sesi persekolahan seperti sebelum ini.

Seorang lagi warganet, Ida Arop pula menyatakan yang tahun ini, ibu bapa akan terbeban dengan sesi pembukaan sekolah dan persiapan Aidilfitri yang dekat.

“Macam tahun ini susah untuk ibu bapa mengatur bajet perbelanjaan kerana wang kerana bulan Mac, sesi sekolah bermula dan pada masa sama, persiapan Aidilfitri pula,” katanya.

Untuk rekod, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek sebelum ini menyatakan bahawa takwim persekolahan akan dikembalikan semula kepada Januari seperti sebelum ini.

Tambahnya, perbincangan sedang dilakukan dan mengambil sedikit masa kerana terdapat justifikasi yang perlu diselesaikan terlebih dahulu mengikut Akta Pendidikan 1996. — Majoriti