• Sun. Jun 4th, 2023

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Ibu Wan Azizah meninggal dunia, Anwar batal jelajah politik hari ini

Oct 24, 2022
Spread the love

KUALA LUMPUR: Ibu kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Datin Mariah Khamis meninggal dunia awal pagi tadi.

Menerusi hantaran di Facebook (FB) Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, solat jenazah dijadualkan pada jam 11.30 pagi ini di Masjid Al Mustaqim, Ampang, di sini.

Berikutan kematian ibu mentuanya itu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) turut mengumumkan pembatalan jelajahnya ke Miri dan Kuching, Sarawak, yang dijadualkan hari ini.

“Saya memohon maaf kepada seluruh pimpinan Harapan Sarawak serta para pendukung kerana terpaksa membatalkan jelajah ke Miri dan Kuching.