• Fri. Oct 4th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Ibubapa kecam PH-BN, terdesak kempen hasut pelajar di sekolah

May 12, 2023
Spread the love

Yan: Siri kempen politik terhadap pelajar sekolah menengah dikatakan berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan Yan Kedah baru-baru.

Menurut pendedahan yang dibuat oleh beberapa orang pelajar kepada waris mereka, program tersebut asalnya adalah Program Kecemerlangan Pelajar yang menjemput pelajar-pelajar dari beberapa buah sekolah.

Namun semangat berkobar-kobar pelajar yang menghadiri program untuk motivasi kecemerlangan peperiksaan terus padam apabila pada slot terakhir program, pelajar dipaksa untuk mendengar propaganda politik BNPH.

Pada slot terakhir ini pelajar telah diberikan amaran untuk tidak merakamkan isi slot menggunakan kamera telefon pintar masing-masing atau telefon boleh dirampas.

Antara pengisiannya ialah menyiarkan rakaman ucapan YB Dato’ Awang Hashim dalam Sidang Parlimen lalu beliau telah diburuk-burukkan di hadapan pelajar. Pihak penganjur turut memburukkan parti politik PAS dan PN.

Rata-rata pelajar yang hadir merasa keliru, tertipu, terkejut dan kesal dengan pengisian slot terakhir Program Kecemerlangan itu.

Ibubapa yang tidak mahu identiti mereka didedahkan kerana khuatir tindakan ke atas anak mereka mengetahui mengenai pengisian program daripada anak masing-masing. Mereka turut mengecam pihak penganjur yang mempergunakan sekolah demi kepentingan politik pihak tertentu.

Program dilaporkan berlangsung selama 3 hari dengan penyertaan seramai 600 pelajar.

Malah guru-guru yang terlibat turut kesal dengan pendekatan penganjur program mempergunakan sekolah untuk tujuan politik. Guru-guru yang terlibat tidak berani untuk mendedahkan kepada pihak luar khuatir dikenakan tindakan.

Program sedemikian pernah dianjurkan sebelum ini di daerah lain sehingga mendapat reaksi negatif dan kurang senang daripada pihak ibubapa dan pelajar.. Namun rungutan dan aduan ibubapa menolak unsur-unsur politik dalam sekolah telah ditolak dan tidak dihiraukan berikutan kedudukan yang kritikal bagi PHBN untuk menghadapi PRN tidak lama lagi.