• Fri. Feb 23rd, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Iftar gabungan cawangan PAS Seksyen U10, Shah Alam meriah

Apr 16, 2023
Spread the love

SHAH ALAM, 15 APR – Lebih 50 ahli PAS di tiga cawangan di Seksyen U10 dalam kawasan Shah Alam menghadiri majlis iftar atau berbuka puasa yang dianjurkan oleh sekretariat ketiga-tiga cawangan tersebut.

Majlis yang bermula jam 6.30 petang tersebut diadakan di Laman Niaga U10 yang dihadiri ramai pemuda dan muslimat muda yang merupakan anak-anak ahli PAS akar umbi di situ.

Menurut Ketua Cawangan PAS U10 Puncak Perdana, Mohd Fariz Rahman majlis tersebut melibatkan tiga cawangan termasuklah Cawangan Alam Budiman dan Cawangan (Penaja) Seksyen U9 bertujuan untuk mengenali dan mengeratkan ukhuwah sesama ahli dan keluarga.

Iftar tersebut adalah infaq daripada Khalib Man, pengusaha kafe Planet Hijau yang terletak di laman niaga tersebut. Antara juadah disediakan adalah nasi gumok, kerutuk ayam, kambing masalla dan pelbagai jenis kuih, buah-buahan serta minuman.

Majlis turut diisi dengan Solat Maghrib berjamaah diketuai Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Kawasan, Dr Najmuddin Abdullah. Turut serta Ketua Muslimat, Aliza Abdullah dan AJK ketiga-tiga cawangan tersebut.

(Penerangan PKSA)