• Tue. May 30th, 2023

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Influencer, selebriti hadir majlis Hi Tea UMMAH bersama 51 buah NGO Islam Selangor

Jan 29, 2023
Spread the love

Alhamdulillah, Biiznillah…

4 minggu yang padat jadual dan perancangan demi menjayakan majlis Hi Tea Ummah / NGO Selangor.

Alhamdulillah sebanyak 51 buah NGO mendaftar dan menghantar wakilnya. Lokasi program hanya boleh menampung antara 150 – 200 peserta. Jesteru sekretariat terpaksa menghadkan kepada maksimum 3 orang wakil NGO.

Terimakasih Pengerusi Ummah Malaysia Cikgu Mohd Zai Mustafa yang hadir menyampaikan amanat beliau kepada semua peserta. Juga Dato Nazilah Seri Noor, Pengerusi Gabungan NGO Selangor.

Majlis diserikan dengan kehadiran Dayangku Intan, Artis 80an yang turut berkongsi sukaduka kehidupan melalui NGOnya. Juga sejak penghijrahannya ke dalam PAS. Semoga beliau Istiqomah.

Paling dinantikan adalah sesi sharing oleh influencer Tiktok Sdr Reko. Mempunyai seramai 88ribu followers. “Tidak pernah menerima walau seringgit dari mana-mana parti politik” katanya, abaikan fitnah terhadap tiktokers pro PN.

Tunggukan program himpunan tiktokers dalam masa mendatang.

Majlis ditutup dengan penyerahan Deklarasi Sekretariat NGO kepada pemimpin parti Politik. NGO mengingatkan agar pemimpin politik jangan bermain sandiwara yang boleh menyusahkan rakyat dan menghancurkan negara.

Kami NGO akan menjadi kuasa check and ballance. Serta memastikan PRN nanti hanya parti yang bersih serta berintgriti dipilih.

Maaf atas segala kekurangan… Jumpa lagi dalam program terdekat. Tunggukan hebahannya.

Laporan Oleh:
MOHD YUSOF ABDULLAH
Pengarah Program
Sekretariat NGO Selangor