• Sun. Oct 1st, 2023

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

“Ingat YB semua, LOD juga menanti kamu” kata MP Pendang

Feb 28, 2023
Spread the love

KUALA LUMPUR: Kebebasan bersuara merupakan teguran dan kritikan yang perlu diterima dengan hati terbuka dan berlapang dada.

Namun, Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) mempersoalkan apakah erti kebebasan bersuara dilaungkan jika diikuti dengan surat tuntutan (LOD).

“Kebebasan bersuara kononnya diperjuangkan sebelum ini oleh Yang Berhormat Tambun, tetapi apa yang terjadi pada hari ini adalah sebaliknya.

“Saya kena cakap benar. Bila saya keluar dari dewan (rakyat), LOD menanti saya. Jadi ingat Yang Berhormat semua, LOD juga menanti kamu.

“Kebebasan bersuara perlu diterima dengan hati yang terbuka kerana saya tahu di sebelah sana banyak pengampu dan bodek, jadi kami yang akan menegur.

“Kalau ini tidak boleh diterima oleh Perdana Menteri sekarang ini, maka Perdana Menteri adalah seorang yang terdedah kepada kritik dan juga teguran,” katanya dalam perbahasan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berharap agar kebebasan bersuara dapat diterima walaupun halus jiwanya dan ‘mudah koyak’.

“Saya risau sekiranya nanti rakyat kenang Tambun sebagai Perdana Menteri ‘Bapa Saman Negara’ kerana mengamalkan budaya menakutkan orang yang menegur.

“Kalau dia boleh ditegur, mengapa kita tidak boleh. Saya gusar nanti Perdana Menteri takut dengan bayang-bayang sendiri sekiranya terus berlarutan,” katanya. – HARAKAHDAILY