• Mon. Sep 9th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Ini alasan kenapa ramai tak berminat tengok filem Untold Story – Chegubard

May 15, 2023
Spread the love

Ramai bertanya mengenai filem Untold story Anwar … jujurnya saya tak terfikir untuk menonton filem tersebut.

Namun apa yang saya boleh katakan ialah filem ini sendiri punya ciri tidak hargai dan mengenepikan penggiat atau pemain industri filem Malaysia. Dua minggu lepas saya bertemu dengan orang dalam industri filem tempatan.

Rungutan mereka ialah pertamanya apa keuntungan dengan masyarakat perfileman negara. Filem yang dikatakan telan belanja RM 10 juta dibikin hampir 90% diluar negara sama ada kerja shooting hingga bikinan akhir dilakukan di negara jiran.

Sama ada produksinya berdaftar dengan PFM pun tak ada kepastian. Jadual tayangannya sendiri telah potong “que” wajib tayang di mana pembikin filem beratur panjang. Apa istimewanya penerbit filem itu boleh lompat ikut suka ? Soal mereka.

Anwar penerbit filem itu juga berhutang dengan masyarakat untuk menjelaskan mana datangnya RM10juta itu.

Filem ini dibikin hanya untuk propaganda khususnya untuk masuk PRN 6 negeri ini, Anwar tahu rakyat marah berkenaan janji tak tertunai dan kos kehidupan yang menekan maka keluarnya filem ini tergesa gesa kerana untuk menutup semua kegagalan regim campuran HANAT dengan propaganda heronya Anwar Ibrahim itu.

Namun usaha ini akan lebih memburukkan keadaan HANAT dan Anwar sebenarnya, kerana tidak ada alemen “untold” pun filem ini lebih sesuai POV Anwar Ibrahim terhadap peristiwa pemecatannya.

Filem ini mempertikaikan sistem keadilan negara. Ramai pasti tertanya kalau Anwar tak salah kenapa masuk penjara. Jika benar ada seleweng sistem kehakiman pasti wajib dihukum. Kenapa diamkan ?

Persoalan yang akan dijumpai jika Anwar tak salah kenapa perlu guna polis tangkap dan dera Ummi Hafilda Ali untuk paksa tandatangan akuan bersumpah palsu. Dan kerana salah guna kuasa itulah Anwar terpenjara.

Kenapa anwar tak saman Azizan, kenapa Anwar tak saman Mahathir, tak saman Saiful mahupun Yusof Rawther ?

Kenapa Anwar tak saman Eskay yang bawa dia langgan China Doll dan rakam ? Kenapa Anwar tak saman Peguam Zulkifli Nordin atau Ezam atau Zahid Mad Arif ?

Semua watak disebut itu pasti seminggu dua ini akan dicari netizen untuk mencari cerita untold yang sebenar selepas ini.

Namun kredit harus diberikan kepada team Anwar kerana bijak pakai ruang filem untuk berkempen.

Saya sendiri pernah kumpul pemain industri dengan seorang pengarah filem tempatan yang pernah menang anugerah antarabangsa untuk dibuatkan episod 8 siri, apa yang terjadi sehingga sheraton move terjadi sehingga kenapa bertukar kepada Ismail Sabri Yaakob .

Namun team keliling Muhyiddin Yassin ni agak sukar terima idea orang rasanya… 😅🤣😂

Lanjut:

https://fb.watch/kwNWNVwB1V/?mibextid=Nif5oz