• Sun. Feb 9th, 2025

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Ini fakta kerajaan ‘Bersih Stabil’ yang sudah terbukti di Kelantan

Oct 24, 2022
Spread the love

Fakta bukan auta apabila pemerintahan itu bersih akan pasti terdirinya sebuah kerajaan yang stabil walaupun ribut taufan datang melanda.

Contohnya pemerintahan Kelantan selama 32 tahun.

Pada tahun 1990 apabila Kelantan jatuh ketangan PAS, maka ayat pertama terhambur dari pimpinan UMNO/BN ketika itu ialah, Kerajaan PAS Kelantan yang dipimpin oleh ATGNA akan hanya mampu bertahan selama 3 bulan sahaja, kemudiannya akan jatuh muflis sebab dana dan hasil negeri yang terhad.

Maka bermulalah sekatan demi sekatan dana dilakukan oleh Kerajaan Pusat pimpinan UMNO/BN dengan melengah-lengahkan apa jua bentuk bantuan. Peruntukkan yang patut disalurkan awal tahun dilengahkan sehingga kehujung tahun. Royalti minyak yang sepatutnya kerajaan Kelantan dapat tidak diberi. Kerajaan PAS Kelantan dilayan lebih zalim dan teruk dari anak tiri.

Tapi adakah Kerajaan PAS Kelantan jatuh dengan tindak tanduk zalim tidak berprikemanusiaan dan tiada hati perut itu? Jawabnya TIDAK!

Ini kerana sikap, sifat dan pendirian tegas seluruh kepimpinan PAS Kelantan yang tolak rasuah, melakukan penjimatan, amalkan sikap amanah dan jujur selain cekap, bijak dan efisien mengurus kewangan negeri dalam situasi yang cukup terhad dan terbatas kerana sikap zalim dan tidak berhati perut oleh kerajaan pusat UMNO/BN. Akhirnya tidak tumbang dan muflis dalam tempoh 3 bulan sebaliknya terus berdiri gagah dan stabil selama lebih 32 tahun.

Begitu juga sepanjang pemerintahan 32 tahun lebih PAS di Kelantan pernah suatu ketika PAS hanya memiliki majoriti sebuah kerusi DUN sahaja. Ketika itu hampir seluruh pemerhati dan penganalisis politik tanah air meramalkan yang Kerajaan PAS Kelantan akan jatuh bila-bila masa sahaja. Masa itu cukup kuat berkumandang betapa kuatnya gerakkan pihak lawan mau membeli beberapa wakil rakyat PAS untuk melompat dan menyokong UMNO/BN dengan sogokkan puluhan juta ringgit untuk seorang ADUN.

Tetapi adakah Kerajaan PAS Kelantan ketika itu jatuh kerana ada wakil rakyatnya melompat sebab terliur dengan sogokan jutaan ringgit demi beralih sokongan? Jawapannya TIDAK! Omak ulang! Jawapannya ialah TIDAK!

Membuktikan betapa jika para pemimpinnya bersih dari gejala amalan rasuah, pecah amanah, salah guna kuasa dan terlibat dalam aktiviti AMLA, maka susah mana pun kedudukkan kewangan dan lemah mana pun angka kedudukan wakil rakyat yang memberi sokongan, pemerintahan tetap akan kukuh dan stabil.

Alhamdulillah kerana sikap bersihlah Kerajaan PAS Kelantan masih lagi kukuh berdiri sehingga kini walaupun diserang dengan pelbagai fitnah dan disekat dengan segala bentuk bantuan dana yang wajib diterima.

Jika serius untuk membina sebuah Kerajaan dengan slogan Kestabilan dan Kemakmuran, maka setiap rakyat wajib memilih parti yang dipimpin oleh para pemimpin yang sudah terbukti berjaya mengurus sebuah kerajaan yang Bersih dan Stabil.

UNDILAH PAS/PERIKATAN NASIONAL …. BERSIH DAN STABIL

TENKIU