• Sun. Feb 25th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Ini fakta mengapa PH Selangor bakal terkubur

Jul 4, 2023
Spread the love

SELANGOR KUBUR PAKATAN HARAPAN?

  1. PRU 2018 menyaksikan Pakatan Harapan sangat dominan di Selangor dengan mendapat 20 daripada 22 kerusi parlimen dan 51 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan. Pada ketika itu, Pakatan Harapan mendabik dada mengatakan Selangor adalah kubu mereka.
  2. Keselesaan ini menyebabkan PH leka dengan kebajikan rakyat. Isu air percuma contohnya, sebelum ini di bawah pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim, 20 meter padu air percuma diberikan kepada rakyat.
  3. Namun setelah mendapat bilangan kerusi yang selesa, PH mengatakan pemberian air ini membebankan kewangan negeri menyebabkan pemberiannya dihadkan kepada permohonan yang layak sahaja. Hanya 46.4% sahaja yang mendaftar daripada hampir 650,000 yang layak. Rakyat tak berminat atau PH sengaja menyukarkan urusan?
  4. Setelah berlakunya gelombang anak muda pada PRU 2022, sokongan terhadap PH menyusut dengan hanya mendapat 16 kerusi parlimen manakala Perikatan Nasional pula yang masih baru dalam dunia politik mendapat 6 kerusi parlimen.
  5. Di peringkat DUN pula, pilihanraya negeri belum diadakan lagi, namun berdasarkan gelombang anak muda yang sedang berlaku, Perikatan Nasional dijangka mampu menumbangkan Pakatan Harapan kerana di Selangor, berdasarkan kiraan undi PRU 2022, jika pilihanraya negeri Selangor diadakan serentak, Perikatan Nasional mampu menang di 14 ADUN.
  6. Malahan, masyarakat Melayu juga menunjukkan trend sokongan yang padu kepada Perikatan Nasional. Di Selangor, terdapat 37 kerusi yang mempunyai majoriti pengundi Melayu melebihi 55%, dan PN mensasarkan mampu menang majoriti kerusi tersebut.
  7. Tidak cukup dengan trend sokongan orang Melayu, trend sokongan bukan Melayu turut memberi impak yang besar. Masyarakat bukan Melayu sudah mula menzahirkan sokongan padu kepada Perikatan Nasional. Situasi seperti ini sangat ditakuti PH khususnya DAP sehingga mereka sanggup meniupkan api perkauman untuk memecah-belahkan PN.
  8. Tambahan, kelemahan kerajaan Pakatan Harapan menguruskan isu rakyat di Selangor seperti isu air, isu sampah, isu kilang haram dan lain-lain isu juga menguatkan lagi bahawa Selangor bakal menjadi kubur Pakatan Harapan kerana inilah negeri yang menjadi benteng terakhir mereka.
  9. Rakyat perlukan masa hadapan yang lebih baik, dan penyelesaiannya itu ada pada Perikatan Nasional.

Ayuh! Undilah PERIKATAN NASIONAL.

Media Penerangan
Perikatan Nasional Selangor