• Sun. Feb 25th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Ini fakta perjuangan orang Melayu bukan rasis

Mar 24, 2023
Spread the love

Contoh,

Pada tahun 1970, orang miskin daripada kaum Melayu adalah jauh lebih ramai berbanding kaum lain. 64.8% kadar kemiskinan adalah dalam kalangan orang Melayu berbanding Cina 26.0% dan India 39.2%.

Pendapatan orang Melayu juga rendah. Purata gaji kaum Melayu hanya RM172 berbanding RM394 purata gaji kaum Cina dan RM304 kaum India.

Soal pendidikan pula. Juga orang Melayu yang jauh ketinggalan daripada bukan Bumiputera.

Pada tahun 1970, hanya ada 22 orang Melayu daripada 493 orang di Fakulti Sains. Hanya seorang Melayu daripada 7 orang di Fakulti Kejuruteraan.

15 orang Melayu daripada 49 orang di Fakuti Pertanian dan 4 orang Melayu daripada 67 orang di Fakulti Perubatan.

Pada tahun 1969, peratusan orang Melayu yang memenuhi jawatan dalam perkhidmatan awam juga rendah berbanding bukan Bumiputera.

Daripada 3741 pegawai, hanya 38.53% pegawai terdiri daripada pegawai-pegawai Melayu.

Dengan semua yang pernah dilalui kaum Melayu ini, secara logiknya wajarkah ini nasib yang diterima kaum Melayu di tempat asal mereka sendiri?

Maka dilaksanakan dasar-dasar baru untuk menjaga hak dan kepentingan kaum Melayu agar tidak dipinggir di negara sendiri.

Contohnya Dasar Ekonomi Baru. Ketika dasar ini dibentang, tujuannya dalah untuk membasmi kemiskinan dalam kalangan rakyat dengan tidak mengira asal keturunan mereka.

Juga untuk menyusun semula masyarakat Malaysia agar kedudukan ekonomi antara rakyat berbilang kaum lebih seimbang.

Namun,hari ini bila disebut-sebut perjuangan Melayu kenapa dilabel rasis? Salahkah orang Melayu yang menjadi majoriti terbesar dalam negara ini menuntut hak yang menambah baik taraf hidup mereka?

Perjuangan ini bukan soal wang ringgit dan tanah semata-mata. Perjuangan ini bukan untuk menindas atau berlawan dengan sesiapa. Perjuangan ini juga perjuangan agar jati diri dan identiti bangsa itu terus terpelihara.

Jangan salahkan Melayu yang bangkit jika sistem-sistem yang masih ada dan yang cuba dibawa masuk dikhuatari merungkai hak- hak orang Melayu.

Perjuangan ini mulia.

Hanisah A Rahman, Timb Exco Penerangan dan Media Baru,
Ameerah Malaysia

Rujukan:

  1. https://bit.ly/3FDmstB
  2. https://bit.ly/3n9ZNhQ