• Wed. Jun 7th, 2023

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Ini faktor kenapa nak muda pilih Perikatan Nasional

Nov 18, 2022
Spread the love

Terbukti dan nyata dengan jelas bahawa anak muda akan memilih Perikatan Nasional menjadi peneraju kepimpinan negara. Puncanya ialah serik tertipu dengan manifesto hebat ciptaan PH. Gelombang yang dibawa anak muda semasa Pru14 lalu hingga memaksa ibu bapa mereka untuk mengundi PH mengundang padah. Malu dan sakit hati masih berbekas dan tak mungkin dilupakan.

BN adalah pilihan selepas PH. TETAPI cerita persekongkolan dan pakatan sumbang antara Zahid & Anwar menyebabkan mereka menolah mengundi BN. Walaupun asalnya sukar dipercaya namun beberapa bukti jelas memaksa mereka akur dengan hubungan sulit tersebut. Buktinya ialah audio telefon yang dinafikan tapi akhirnya Zahid mengiyakan. SD Zahid menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri DISAHKAN oleh Datuk Sri Tajudin Rahman. Idea 3 TPM oleh Anwar dicadangkan juga oleh Zahid.

Akhirnya anak-anak muda sedar memilih BN umpama mengundi PH yang didalannya ada DAP. DAP sedar kesilapan lalu menjadikan mereka senyap seribu bahasa di Pru15. Strategi simpan pimpinan DAP idea Rafizi ini bagi mengurangkan kemarahan Melayu terhadap pimpinan DAP yang lancang dan cabul mempertikai hak dalam perlembagaan Malaysia. Kerakusan memaipulasi kuasa selain mengangkat Komunis sebagai pejuang kemerdekaan adalah sesuatu yang tak pernah dijangkakan wujud dan berlaku di Malaysia.

So PN adalah pilihan paling layak dan sangat sesuai. Selain pimpinan PN bersih dari isu dan kes mahkamah, PN dilihat akan menjadikan Malaysia lebih baik dan Stabil untuk mengharungi fasa getir 2023. Dalam keadaan banyak negara yang telah diisytiharkan bangkrup dan tersenarai beberapa lagi negara yang bakal menyusul, anak muda tidak akan sanggup meletakkan negara dalam keadaan bahaya. Kerana mereka yang akan menjadi mangsa jika tersalah memilih pemimpin negara.

Bulatkan azam kuatkan tekad. Memilih pemimpin negara bukan perkara main-main atau cuba-cuba. Rakyat Malaysia pernah tersalah cuba di Pru14 lalu dan pernah takut untuk menukar Kerajaan Tua kerana terdoktrin dengan ‘hanya BN yang boleh menjaga Rakyat’.

PN telah buktikan sebaliknya. 30 tahun sejarah gemilang pentadbiran Kelantan, sepenggal yang cemerlang kerajaan Terengganu dan kemajuan hebat dengan pelaburan masuk berbillion ringgit ke Negeri Kedah adalah sesuatu yang tidak dapat disangkalkan.

Baliklah mengundi, pilihlah Perikatan Nasional. Anda akan melihat “Better Malaysia” selepas 20 November nanti. Kita buka buku baru sejarah negara. Kita Jadikan Malaysia umpama Melaka zaman dahulu kala. Bukan hanya terkenal sebagai pusat perdagangan dan keilmuan tetapi kita akan jadikan Malaysia sebagai iKON Negara Perpaduan dan Keharmonian.

Jom pilih Perikatan Nasional!!!!