Satu kelompok daripada umat nabi akan masuk ke dalam syurga tanpa hisab. 70,000 orang itu bukanlah bermaksud jumlah keseluruhan ahli syurga. 70,000 orang yang disebut dalam hadith ini adalah dalam kalangan umat yang mempunyai keistimewaan khusus dan mempunyai kedudukan yang tinggi.
Pada asalnya, ruqyah adalah tidak diperbolehkan melainkan dengan cara yang telah diajarkan oleh Rasulullah.
Bagi orang yang meminta ruqyah, dianggap sebagai tawakal dan pengharapannya kepada Allah kurang. Maka, mereka tidak termasuk dalam kalangan orang yang mendapat syurga tanpa hisab. Sebagaimana Syeikh Shalih bin Abdul Aziz, lalu Syeikh menjelaskan:
“Kerana meminta ruqyah akan menyebabkan hati
cenderung (kebergantungan hati) kepada peruqyah, sehingga dia menyangka peruqyah adalah penyebab kesembuhan. Inilah maksud menafikan dalam hadis “Tidak minta diruqyah.” Kerana manusia apabila berkait dengan ruqyah, boleh jadi hati mereka lebih bergantung kepada ruqyah daripada perubatan moden atau sejenisnya.”
(At-Tamhid hal. 33, DarutTauhid)