• Sun. Oct 1st, 2023

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Ini keluhan peniaga Bazar Ramadhan bila kerajaan Madani memerintah

Apr 16, 2023
Spread the love

Seremban: Meskipun pelanggan penuh sesak namun peniaga di bazar raya pada tahun ini tidak mendapat ‘durian runtuh’ apabila orang ramai hanya ‘mencuci mata’ saja berbanding membeli-belah.

Tinggal beberapa hari lagi sebelum Aidilfitri, Bazar Raya Dataran Senawang, di sini, meriah dengan kehadiran pengunjung namun kebanyakan peniaga dilihat lebih banyak termenung sambil memerhatikan barang jualan tidak terjual.

Peniaga songkok, Helmi Amir, 61, berkata, sejak berniaga di kawasan berkenaan 10 tahun lalu, ini kali pertama dia menghadapi situasi seperti ini yang mana kuasa membeli orang ramai semakin kurang.

“Jika waktu begini (seminggu sebelum Aidilfitri) pada tahun sebelum ini, orang ramai membeli barang sehingga penuh beg plastik di tangan. Tapi, kita boleh lihat sendiri pada tahun ini, pelanggan hanya berjalan dengan tangan kosong.

“Kehadiran pelanggan memang ramai dan meriah. Tetapi mereka hanya mencuci mata sambil bertanyakan harga sebelum beredar dan menyatakan akan datang kemudian,” katanya ketika ditemui.

Helmi berkata, jika tahun-tahun sebelum ini dia mampu memperolehi jualan sehingga mencecah RM5,000 sehari, bagaimanapun pada tahun ini agak sukar untuk mendapat jualan RM900.

“Jika dapat RM900 satu malam sudah dikira paling banyak, itupun pada hujung minggu. Cuma saya berharap minggu terakhir ini rezeki dapat menyebelahi saya.

“Ini bukan sekadar luahan peniaga, namun ia gambaran sebenar keadaan rakyat ketika ini. Kerajaan perlu sedar dengan situasi ini dan mengambil langkah untuk mengatasinya,” katanya.

Peniaga baju dan seluar, Mohd Aliff Haiqal Mohd Afandi, 23, berkata, sejak dari awal Ramadan, kehadiran orang ramai ke bazar raya memang meriah dan semakin sesak menjelang minggu akhir Ramadan.

“Tahun lalu boleh dikatakan saya mesti menambah stok setiap hari di atas meja meskipun harga RM50 sehelai. Kali ini, baju dan seluar ini tidak bergerak sejak awal puasa lalu sedangkan saya menurunkan harga kepada RM100 bagi empat pakaian.

“Saya berpendapat orang ramai mahu berjimat cermat dengan keadaan sekarang. Berbanding tahun lalu orang ramai dapat bonus, bantuan kerajaan seperti geran serta pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Pada tahun ini tiada bantuan seperti itu, jadi saya beranggapan mereka hanya membeli baju mengikut kemampuan dan keperluan masing-masing untuk berjimat cermat,” katanya.

Mohd Aliff yang berniaga di bazar berkenaan sejak 2013 berkata, perkara yang sama turut berlaku di semua lokasi di seluruh negara termasuk di bazar terkenal.

“Jumlah yang datang memang ramai terutama ketika hujung Ramadan ini. Namun, ramai peniaga yang mengeluh kerana barang mereka tidak terjual malah terpaksa menurunkan harga,” katanya.

By right … kalau kerajaan jenis gagal .. perlu undur .. undur segera .. jangan berterusan menyeksa rakyat .. BY RIGHT!