• Fri. Dec 1st, 2023

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Institusi PASTI, SRITI, SMITI Perak terus diperkasakan – Razman

Dec 12, 2022
Spread the love

PERANAN INSTITUSI PENDIDIKAN PASTI, SRITI & SMITI DI NEGERI PERAK TERUS DIPERKASAKAN

Alhamdulillah, pakteh merasmikan Mahrajan Amal Islami Sriti (MAIS) yang telah berlangsung dengan jayanya di Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Lenggong.

Pakteh mulakan ucapan dengan beberapa ayat al-Qur’an dalam surah al-Alaq, ayat pertama diturunkan adalah اقرأ (BACALAH), menunjukkan kepentingan ilmu dan kedudukannya dalam Islam.

Pakteh mengajak kepada semua masyarakat untuk kita berganding bahu dalam memartabatkan pendidikan anak-anak kita. Pakteh turut sarankan agar 17 ADUN PAS PERAK untuk terus perkasakan Pendidikan PAS, SRITI dan SMITI di Negeri Perak bagi memastikan institusi-institusi tersebut dapat memainkan peranan penting dalam pendidikan di Tanah Air.

Tahniah kepada Dewan Pemuda PAS Negeri Perak dan kepada semua peserta. Selamat maju jaya. Siiru ‘ala barakatillah.