• Mon. May 29th, 2023

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Ismail Sabri disaman kerana bubar Parlimen

Oct 12, 2022
Spread the love

KUALA LUMPUR: Charles Anthony Santiago, Ahli Parlimen DAP, telah menamakan Dato’ Sri Ismail Sabri (Perdana Menteri), Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam sebuah saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menuntut deklarasi bahawa pembubaran Parlimen adalah tidak sah.

Menurut tuntutan tersebut, Charles Santiago menghujahkan bahawa permohonan Ismail Sabri pada 9 Oktober lalu menyalahi beberapa peruntukan Perlembagaan.

Berdasarkan aturan hujahan beliau, Charles Santiago menyatakan bahawa proses pembubaran Parlimen di bawah Perkara 55(2) perlulah mengikut tatacara yang ditetapkan di bawah Perkara 40(1) dan (1A) Perlembagaan – iaitu pembubaran Parlimen perlulah berasaskan nasihat oleh Jemaah Menteri atau wakilnya.

Tegas beliau lagi, Jemaah Menteri tidak bersetuju dengan permohonan pembubaran terbabit, bahkan terdapat beberapa anggota Jemaah Menteri yang secara terus menulis kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dalam menzahirkan rasa tidak setuju mereka.

Dalam pada itu, beliau menghujahkan bahawa deklarasi pembubaran Parlimen pada Isnin lalu adalah tidak menepati peruntukan Perkara 55(2) tersebut.

Beliau turut memohon supaya mahkamah mengeluarkan sebuah perintah bagi menghalang SPR dari mengambil sebarang langkah untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) yang berasaskan pembubaran Parlimen pada 9 Oktober baru-baru ini.

  • samudera