• Mon. Apr 28th, 2025

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Israel diserang cacar monyet, lebih 200 kes jangkitan dicatatkan

Aug 23, 2022 ,
Spread the love

BAITULMUQADDIS: Israel merekodkan sebanyak 208 kes cacar monyet setakat ini, dengan 11 kes baharu dilaporkan dalam tempoh empat hari lalu, menurut Kementerian Kesihatan Israel semalam.

Sehingga kini, lebih 2,000 orang yang berisiko sudah menerima dua dos suntikan vaksin, menurut kementerian itu, lapor agensi berita Xinhua.

Israel pada akhir Julai lalu mengumumkan program vaksinasi untuk golongan berisiko, dengan penghantaran 5,600 dos vaksin dihasilkan oleh firma Denmark Bavarian Nordic, manakala 4,400 dos lagi dijangka tiba pada September.

Kementerian menambah kerajaan sedang mempertimbangkan untuk memperluaskan kriteria penerima vaksin bagi memanfaatkan penggunaan semua dos serta membeli dos tambahan.