Lumrah presiden negara luar akan mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri atau presiden baru sesebuah negara. Anwar masih guna strategy zaman batu bila sengaja merakam video beberapa presiden dan ketua negara menelefon dia kononnya sebagai tanda sokongan. Kalau mat sabu jadi PM pun ketua negara lain akan telefon juga. Penyokong & pentaksub tak perlu excited sangat.
Yang lebih lawak seram, cytro PH menggunakan rakaman ini sebagai hujah Anwar diterima baik oleh seluruh ketua-ketua negara seolah-olah ianya ditunggui setelah sekian lama untuk menyelamatkan dunia. Kiranya macam Avengers la kan. Untuk rekod sasa kempen pru15 sebelum ni mereka menyamakan Anwar dengan Nabi Yusuf. Jangan ada yang samakan dengan imam Mahdi pula.
Yang paling cuba di’spin’kan oleh pentaksub Anwar ini bilamana tabloid paling berpengaruh di Israel menyatakan kegembiraan mereka dengan perlantikkan Anwar selain menggambarkan bahawa Malaysia akan lebih mesra Israel selepas ini. Untuk pengetahuan para penyokong PH, Malaysia telah lama memutuskan hubungan dengan Israel kerana kekejaman mereka terhadap Palestine. Diharap undi korang tidak jadi punca penyumbang lebih ramai rakyat Palestine menjadi korban.
Sangat merisaukan situasi ini kerana Anwar pernah berjanji dalam satu temuramah, beliau akan menjaga kepentingan Israel. Anwar juga dengan tegas mengatakan bahawa Israel patut dipertahankan dan mangsa kezaliman.
Satu perkara lagi yang sedang ditunggui oleh seluruh Rakyat Malaysia ialah turunnya harga minyak tm1.50. Dah lebih 36 jam selepas perlantikkan Anwar Ibrahim sebagai PM 10 tapi beliau masih gagal mengumumkan prnurunan harga minyak. Ramai pendokong Anwar sedang berusaha menormalisasikan kelewatan ini dengan memberi pelbagai alasan bodoh. Antaranya ialah ada perkara lebih utama yang patut didahulukan. Fokus membantu rakyat yang sedang menderita dan banyak lagi.
Ketahuilah bahawa dengan turunnya harga minyak akan dapat bantu banyak perkara. Jangan hanya pandai berjanji tapi lupa nak merealisasi. Adakah Rakyat Malaysia akan dikencing lagi dan lagi? Yang paling tersiksa hidup ialah ahli UMNO. Terpaksa menjadi mangsa soalan sama kerana perpaduan yang dibuat oleh Zahid. Nak kutuk Anwar dah tak boleh apatah nak tanya bila harga minyak petrol nak turun. Kesiakan dengan korang. Bertabahlah ye..