• Mon. Dec 9th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Isu 101 projek rundingan terus, UMMAH lapor polis

Aug 25, 2020 , ,
Spread the love

Pendedahan menteri kewangan tender rundingan terus RM 6.61 billion kerajaan PH ?

  1. Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) mengambil serius pendedahan Menteri Kewangan di Parlimen hari ini 24 Ogos, berkaitan pemberian tender secara rundingan terus yang melibat 101 projek yang bernilai RM 6.61 billion.
  2. UMMAH mengesa satu siasatan polis dan juga siasatan SPRM dibuat agar semua tender ini mematuhui garis panduan perolehan kerajaan yang telah ditetapkan.
  3. UMMAH akan membuat satu laporan polis dan juga laporan diseluruh negara bagi memastikan kes ini disiasat dengan segera.
  4. Pendedahan ini sangat mengemparkan rakyat dan satu penjelasan yang terperinci perlu dibuat oleh kerajaan.

MOHD ZAI MUSTAFA
Pengerusi
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)
24 Ogos 2020