BENARKAH PH ANTI KAUM INDIA?
- Kecoh baru-baru ini isu YB Najwan Halimi (ADUN Kota Anggerik) yang menulis di ruangan chat whatsapp PKR bahawa calon PSM DUN Meru sebagai “Parti India Estet”.
- PMX sebelum ini tegas mengatakan akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya ada pihak yang sengaja memainkan isu 3R ini iaitu Agama, Raja dan Kaum.
- Malangnya, pihak Pakatan Harapan sendiri yang nampaknya memainkan isu 3R ini. Apa reaksi PMX? Bahkan baru-baru ini Lim Guan Eng cuba meniupkan api perkauman di Pulau Pinang, tidakkah ia dikira sebagai isu 3R?
- Di atas pentas, berdegar-degar PMX menyebut anak Melayu anak saya, anak Cina anak saya, anak India anak saya, anak Kadazan anak saya, tapi hakikatnya bila geng sendiri merendahkan kaum lain, apa tindakan PMX? Sembang sahaja kah?
- Sudah ramai kaum India sedar bahawa Pakatan Harapan meminggirkan hak mereka. Tiada lagi undi kaum India untuk PH.
- Kepada 10% pengundi India di Kota Anggerik, sudah jelas YB Najwan tidak diperlukan lagi! Sikap melampaunya ini perlu diajar atas kertas undi.
- Rakyat perlukan masa hadapan yang lebih baik, dan penyelesaiannya itu ada pada Perikatan Nasional.
Ayuh! Undilah PERIKATAN NASIONAL.
Media Penerangan
Perikatan Nasional Selangor