Sepertimana diketahui, hasil rundingan dengan pihak kerajaan, wakil Syarikat Winepark Corporation (M) Sdn Bhd selaku pengeluar arak Timah telah bersetuju untuk berbincang dengan pemegang saham dan lembaga pengarah mereka bagi menukar nama dan imej jenama pada label arak tersebut.
Sementara keputusan ini diterima dengan perasaan lega oleh majoriti rakyat yang cintakan keharmonian hidup bermasyarakat di negara ini, tiba-tiba sahaja hari ini pemimpin DAP, Datuk Teng Chang Khim, melawan arus dengan menghasut syarikat tersebut supaya tidak berbuat demikian.
Malah, lebih mengejutkan lagi, pemimpin DAP ini sampai ke tahap berjanji untuk menderma RM1000 di samping memulakan kempen dana guaman untuk membiayai kos guaman bagi syarikat itu mempertahankan hak menggunakan nama dan imej jenama pada label arak tersebut.
Tidak cukup dengan itu, beliau seakan mengugut: “Jika Winepack mengalah, saya akan boikot nama dan label baru.”
Siapa yang sebenarnya ekstrem sekarang ini: Kita atau mereka?