• Thu. Feb 22nd, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Isu perjuang KWSP berjalan ke Istana Negara bakal beri impak kejatuhan PH-BN

Apr 3, 2023
Spread the love

Kesan politik kisah seorang pencarum KWSP, Norazlan Ismail yang berjalan kaki dari Johor ke Istana Negara semata-mata untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon pengeluaran wang caruman KWSP secara bersasar. impak dan kesannya cukup besar.

Kerajaan Madani Campuran PH+BN jangan pandang enteng dan remeh akan kegigihan dan kesungguhan Norazlan Ismail.

Ramai rakyat diluar sana amat mengharapkan kerajaan madani pimpinan PMX membenarkan pengeluaran wang caruman KWSP secara bersasar dan bukannya menyuruh rakyat membuat pinjaman bank dengan wang caruman dijadikan cagaran sambil dikenakan riba antara 4% ke 5%.

Kasihanilah rakyat yang cukup terdesak dan sesak nafas untuk meneruskan kehidupan angkara himpitan kos saara hidup yang melambung tinggi dan harga barang-barang keperluan harian yang mencanak mahal.

Mengapa ketika menjadi pembangkang cukup prihatin rakyat dan dikatakan sentiasa mendengar degupan jantung rakyat dan merasai denyutan nadi mereka? Bila sudah menjadi pemerintah terus berubah 360 darjah.

Rakyat tidak boleh menerima sebuah pemerintah yang jelas mempermain dan mepersendakan keyakinan dan kepercayaannya.

Tunggu pada PRN 6 Negeri nanti. Rakyat akan hukum Kerajaan Madani Campuran PH+BN. Sebelum ini hina rakyat miskin sebagai ambil upah untuk melakukan kekacauan, kini kesusahan rakyat yang sedang menderita tidak ada rasa ehsan.

Politik retorik omong-omong kosong PH+BN akhirnya terburai jua.

Hanisya@OmakKau