SHAH ALAM, 30 JUN 2023 – Kecoh di media sosial tentang isu Kerajaan negeri Kelantan mendenda sorang wanita bukan Islam kerana memakai seluar pendek semasa berada di kedainya sendiri.
Sebelum ini, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming juga melahirkan kebimbangannya dengan tindakan yang dikatakan melanggar kebebasan yang dijamin oleh perlembagaan.
Bagaimanapun Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengingatkan orang bukan Islam bahawa mereka mesti berpakaian sopan mengikut sifat kemanusiaan yang bermaruah dan dihormati.
Semalam, seorang lagi menteri kabinet tampil membidas keputusan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) kerajaan negeri Kelantan.
Susulan dengan itu Pendakwah Bebas Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani memberikan reapon di laman Facebooknya sekaligus menyekolahkan menteri kabinet Tiong King Sing.
“Tidakkah negara ini mempunyai rukun negara kesopanan dan kesusilaan? Apakah menteri PH ini tidak memahami konsep bernegara yang mempunyai etika dan sifat sebagai kemanusiaan yang ada?”
“Apakah dengan berseluar pendek bagi perempuan itu sopan kepadanya sehinggakan bertelanjang baru tidak sopan?”
“Sesiapa yang berhampiran Menteri sebegini, bantulah ia untuk perlu di rawat di pusat rawatan yang berhampiran Putrajaya.. kalau sempat laaa…kesian sangat menteri kerajaan PH ni…”
Menjenguk di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan apa yang disuarakan oleh Pendakwah Bebas tersebut.