• Fri. Feb 23rd, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Isu Sheikh Zainul Asri: Kenali musuh Allah mengikut konteks di Kedah

Jun 27, 2023
Spread the love

“Moga Allah SWT mempertahankan negeri ini daripada dijatuhkan oleh musuh-musuh Allah SWT dan dimenangkan agama Allah SWT,”

Inilah doa yang diucapkan Sheikh Zainul Asri tanpa memetik atau merujuk atau menyebut mana2 pihak. Doa itu benar dan sepatutnya disambut oleh semua pihak NGO dan parti politik termasuk Perikatan Nasional, Pakatan Harapan dan Barisan Nasional khususnya UMNO, Amanah dan PAS.

Siapakah MUSUH ALLAH mengikut konteks di Kedah?

  1. Yang menentang atau memperkecilkan usaha Kerajaan Kedah menutup premis Judi
  2. Yang mengikut telunjuk pemimpin kafir untuk menghalang kemajuan negeri Kedah seperti melengahkan projek KXP
  3. Yang membenci pemimpin Kedah kerana tidak kompromi langsung atau tidak mesra kepada mana2 kumpulan proLGBT
  4. Yang memusuhi usaha pemimpin kerajaan Kedah membawa rakyat keluar dari kepompong kemiskinan
  5. Yang tidak suka pemimpin kerajaan Kedah mempertahankan kesucian Islam seperti mempertahankan kalimah Allah
  6. Yang membenci pemimpin atau rakyat Kedah mengetahui sejarah kelak terbongkar peristiwa pengkhianat, talibarut dan pencuri
  7. Yang suka menggalakkan dan mengajak anak muda kepada program lagha dan melalaikan seperti konsert
  8. Yang mengajak kepada kemusnahan akal, musnah jiwa dan diri seperti dadah dan arak
  9. Yang menghasut benci kepada Ulama dan mereka yang berjuang di jalan Allah
  10. Yang menyokong kepada usaha-usaha dan kerja-kerja maksiat
  11. Yang melakukan penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa

RAKYAT KEDAH WAJIB MEMASTIKAN SEMUA MUSUH ALLAH SEPERTI CIRI DI ATAS TIDAK ADA DI KEDAH

Oleh itu rakyat Kedah mengecam tali2 barut yang membuat repot polis ke atas Sheikh Zainul Asri. Usah sempitkan fikiran dan pandangan bahawa musuh Allah ini menyentuh mana-mana parti politik.

Semua parti politik wajar hormat menghormati dan berlawanlah secara berhemah bukan secara bertohmah. Wajarlah semua parti politik sama-sama merebut hati dan jiwa pengundi dengan mengajak kepada redha dan rahmat Allah. Wajib ke atas kita semua tanpa mengira parti politik dan kumpulan memerangi musuh Allah.

Rakyat Kedah terus tegap bersama pertahankan Ulama di Kedah. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan berikan rahmat kepada kita semua.

Abu Fateh