• Mon. Dec 9th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Isu tanah LGM: Nazlan ke SPRM beri keterangan untuk hari kedua

Spread the love

Bekas pengerusi Lembaga Getah Malaysia (LGM), Ahmad Nazlan Idris memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk hari kedua, susulan dakwaannya berhubung isu tanah yang membabitkan LGM Properties Corporation (LGMPC).

Semalam, Ahli Parlimen Jerantut itu hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selama lebih empat jam.

“Semalam YB masuk SPRM Putrajaya jam 12.45 tengah hari, keluar 5 petang. Hari ini 2.30 petang tadi masuk dan keluar tidak pasti jam berapa,” katanya kepada FMT.

LGM memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan maklumat kurang tepat berkaitan isu pajakan dan penjualan tanah miliknya.

LGM turut menafikan dakwaan Nazlan berhubung campur tangan Khairuddin, sambil mengulangi tiada perjanjian pajakan atau transaksi jual beli yang ditandatangani mana-mana pihak berhubung dua lot tanah di Jalan Ampang itu.

Khairuddin pula mendakwa serangan terhadapnya membabitkan isu tanah LGM didalangi pihak yang mesra dengan pimpinan Umno dan beliau sedang mengambil tindakan terhadap pihak yang memfitnahnya.