“Hentikan spekulasi murahan! Mustahil ada ADUN Kerajaan Perak sekarang sanggup bekerjasama dengan DAP dan sekutunya.
“Kerajaan sekarang sudah cukup baik dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat dan meningkatkan ekonomi Negeri. Pimpinan YAB MB Perak sekarang amat selesa dan disenangi oleh semua pihak”.
Demikian ulasan ringkas YB Tuan Haji Razman Zakaria yang juga Pesuruhjaya PAS Perak apabila ditanya berhubung desas-desus pertukaran MB Perak yang di siarkan dalam sebuah laman FB hari ini.
Apabila ditanya tentang hantaran dari laman tersebut kononnya MB yang baharu akan mendapat sokongan dari 3 kerusi PAS, PKR dan DAP, Razman spontan menjawab “mustahil ! Nampak sangat ini satu yang direka-reka. “Dari mana depa (mereka) dapat sumber maklumat tu? Tiba-tiba cakap tiga kerusi PAS sokong MB baru?”, ujar beliau lanjut mempersoalkan kesahihan dakwaan itu.
“Sekarang bukan masa mencari tempat untuk diri. Jangan sampai rakyat muak dengan tindakan orang politik. Rakyat sekarang bukan seperti dulu. Mereka sudah berani tukar pemimpin dan menolak pemimpin. Mereka tidak taksub dan fanatik melulu”, tambahnya lagi mengakhiri ulasan terhadap dakwaan tersebut.
Dalam pada itu beliau yang juga ADUN Gunung Semanggol turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Azhar Ahmad yang baru meninggal dunia di Kampung Parit gabis Atas selepas mendapat makluman dari pihak media berhubung kejadian tersebut.
Beliau juga mengarahkan Pusat Khidmat ADUN untuk menyampaikan sumbangan kit jenazah kepada keluarga allahyarham.Kit jenazah merupakan sumbangan berupa peralatan asas untuk pengurusan jenazah yang disumbangkan oleh YB bagi meringankan kos pengurusan jenazah kepada keluarga yang ditimpa musibah kematian.
https://www.facebook.com/282909298709523/posts/1287406831593093/