SHAH ALAM, 23 DISEMBER 2021 – Ya, memang penat bekerja kerana mereka telah menggunakan tenaga dan buah fikiran hampir sepanjang hari.
Apatah lagi, terpaksa meredah banjir dalam hujan mahupun panas seawal bencana sehingga kini.
Sudah sekian lama Jabatan Amal Malaysia menabur bakti kepada ummah dan masyarakat, Alhamdulillah tidak pernah berubah matlamat perjuangannya.
Inilah salah satu daripada nikmat dan kepuasan terbesar kami pemuda-pemuda PAS sejak dulu hingga ke hari ini.
Tak kenal maka tak cinta. Sejujurnya ada rasa cemburu terhadap mereka dalam hati ini bagi hal kebajikan.
Ada yang menggelarkan mereka sebagai Wira tak didendang dan ada juga memanggil mereka dengan Tentera semua merah.
Jabatan Amal Malaysia sungguh istimewa. Tidak sedikit air mata yang tumpah, terharu melihat khidmat ikhlas mereka kepada rakyat. Mereka tidak dikenali wajahnya hanya beruniform merah mereka sahaja tanda mereka hadir tanpa diundang.
BERAMAL KERANA ALLAH!