Kecoh semalam isu vjdeo pendek seorang pelawak dari Singapura yang membuat jenaka tentang peristiwa MH370 adalah satu bentuk penghinaan yang tidak sensitif terhadap perasaan keluarga mangsa dan juga tidak bertanggung jawab.
Bagaimanapun pelawak solo wanita kelahiran Singapura, Jocelyn Chia yang menghina Malaysia menerusi lawak jenaka dalam sebuah persembahan komedi berdiri memakan dirinya sendiri apabila dia kini disahkan bukan lagi warganegara negara itu.
Menerusi laman Facebook YB Tuan Haji Razman Zakaria yang juga ADUN Gunung Semanggol telah memuatnaik sekeping gambar kunjungan hormat Duta Singapura Tuan (HE) Vanu Gopala Menon ke pejabatnya ketika beliau menjawat jawatan Exco Negeri Perak sebagai satu tanda keharmonian antara dua negara yang sentiasa dijaga.
“Hubungan baik antara Malaysia dan Singapura haruslah dijaga kerana adat hidup berjiran adalah saling memerlukan.” Tulisnya lagi.
Dalam masa sama, Vanu Gopal berkata, sebagai jiran terdekat, Singapura dan Malaysia menikmati hubungan yang kukuh dan di pelbagai peringkat, dengan ikatan yang cukup mendalam.
“Kita juga mempunyai hubungan sejarah yang unik dan hubungan yang erat antara rakyat dengan rakyat.
“Komen-komen seperti yang dibuat oleh Chia tidak membantu dan merosakkan kepercayaan dan persahabatan rapat yang dinikmati oleh kedua-dua negara dan rakyatnya,” tegas Vanu Gopal lagi.