• Mon. May 29th, 2023

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Jangan gadaikan kedaulatan negara – UMMAH

Nov 11, 2022
Spread the love

JANGAN GADAIKAN KEDAULATAN NEGARA

1.   Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menegaskan bahawa tawaran memberi taraf kerakyatan kepada anak angkat secara automati perlu dikaji dengan teliti dan cermat berdasarkan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.
2.  Ia juga mesti dilihat daripada sudut undang-undang syariah terhadap hukum dan hak anak angkat serta berkait Fikh Al Daulah (kenegaraan), dimana Malaysia adalah tanah melayu yang majoritinya adalah orang melayu dan Islam adalah agama persekutuan.
3.  Anak angkat tidak mempuyai hubungan secara langsung (sah secara perundangan) dengan keluarga angkat, malah boleh dieksploitasi bagi kepentingan tertentu seperti tujuan pemilikan harta,ekonomi, kuasa politik dan sebagainya.
4.  Warganegara ADALAH HAK EKSLUSIF yang mempuyai kepentingan mutlak kepada negara dan mempuyai hak istimewa mengundi bagi menentukan kuasa politik dan hala tuju negara.Tidak mustahil ini akan memberi kesan politik dalam jangka masa panjang.
5.  Kerangka asas negara ini mestilah diterima dan difahami secara jelas serta ketaatan yang penuh . Islam agama persekutuan, Raja-Raja Melayu, Hak Istimewa orang melayu, Bahasa Melayu, Tanah Rezeb Melayu, Masyarakat Majmuk dan perpaduan nasional mestilah diterima oleh setiap warganegara tampa soal.
6.  Cadangan tawaran anak angkat secara automatik oleh BN dan PH tidak sesuai dilaksanakan secara tergesa-gesa pada masa ini, malah perlu diteliti dengan cermat dan berhati-hati, kesan dan akibatnya kepada masa depan kedaulatan Agama, Bangsa dan Negara. Jangan gadaikan kedaulatan ini (warganegara) demi untuk mendapat kuasa.

MOHD ZAI MUSTAFA
Pengerusi
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)

9 Nov 2022