• Sun. Jun 4th, 2023

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

“Jangan tukar perjuangan jika tak terpilih” kata TITM

Nov 1, 2022
Spread the love

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man menasihati ahli parti agar tidak “bertukar perjuangan” jika tidak terpilih sebagai calon pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Jangan tukar haluan hidup semata-mata rasa kecewa kerana tidak terpilih. Kekal bersama jemaah, kerana hidup bukan hanya hari ini.

“Ambillah dan renungilah sejarah perjuangan parti yang panjang ini. Jangan kita hitamkan diari hidup semata-mata menurut nafsu kekecewaan, lalu kita rasa pendapat kita lebih hebat daripada pandangan jemaah,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pembahagian kerusi sudah selesai dan hanya menunggu pengumuman.

Perikatan Nasional (PN) – gabungan dianggotai PAS, Bersatu, Gerakan, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Progresif Sabah (SAPP) dijadual mengumumkan senarai calon PRU15 8 malam ini.

Tuan Ibrahim turut meminta jentera parti tidak berpecah dalam memastikan kemenangan calon PN.

“Jangan banyak nakhoda. Pengarahan biar satu sahaja. Masa ni bukan nak cari kelemahan dan kesalahan. Tapi nak tutup kelemahan dan bina reputasi positif dalam kalangan pengundi.

“Bila kita dah buat keputusan, melalui puluhan perbincangan, perundingan, perbahasan maka tawakallah kepada Allah. Semoga Allah beri kemenangan kepada PN,” katanya.

TENKIU