• Mon. Sep 9th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Jasa dalam Agama, politik Almarhum TG Nik Aziz terima anugerah Tan Sri

Jun 6, 2023
Spread the love

Jika ditelusuri sejarah politik tanah air, Tan Sri Lim Kit Siang dan Allahyarham Tan Sri Tuan Guru Nik Abdul Aziz memulakan karier politik pada tahun yang sama iaitu sekitar tahun 1967.

Namun sepanjang penglibatan mereka, TGNA jelas berada beribu langkah lebih jauh di hadapan.

Perjuangan menegakkan Islam menjadi prinsip TGNA sehingga ke akhir hayatnya dan menjadi teladan sehingga sekarang.

Pada 2008, TGNA dianugerahkan sebagai menteri besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia.

Pada 2009, TGNA diiktiraf pula antara 50 tokoh Islam berpengaruh di dunia.

Justeru wajarlah legasi pentadbiran TGNA meninggalkan pengaruh Islam yang besar kepada negeri dan negara.

Sebaliknya jika ingin diceritakan tentang Tan Sri Lim Kit Siang, tiada apa yang mampu dinukilkan melainkan ketaksubannya terhadap gagasan Malaysian Malaysia.

Inilah gagasan yang sama dibawa oleh mendiang Lee Kuan Yew, pengasas PAP Singapura yang diwarisi DAP.

Kegigihan Kit Siang untuk meletakkan semua kaum setaraf ini telah menatijahkan tindakan-tindakan kontroversi beliau.

Hakikatnya, beliau telah beberapa kali ditahan dan didakwa di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri serta Akta Rahsia Rasmi.

Kit Siang selepas PRU-12 bahkan pernah memboikot upacara pelantikan Menteri Besar Perak daripada PAS yang dilantik sendiri oleh Sultan Perak.

Ketika TGNA bercita-cita besar untuk menegakkan negara Islam dan memperjuangkan hukum hudud, DAP yang dipengerusikan Kit Siang pada 2001 telah menarik diri daripada bekerjasama dengan PAS dalam Barisan Alternatif kerana gagasan negara Islam yang dibawa PAS.

Walaupun gelaran Tan Sri pada nama itu sama, namun tidak terbanding ketokohan antara keduanya.

Tidak akan pernah sama mereka yang memperjuangkan Islam dan mereka yang menentang Islam dan mereka yang bersama dengan yang menentang perjuangan Islam.

Hakikatnya perjuangan TGNA belum selesai. Menyambung legasi perjuangan Allahyarham TGNA memartabatkan hukum Islam dan negara Islam itu jauh lebih bermakna.