JASA NUSI KEPADA BOLA KEDAH
17 Mei 2020 dia ambik alih kerajaan, Julai 2020 dia dipilih sebagai presiden KFA
Hutang tinggalan regim lama ada 16 juta, gaji tak bayaq 4 bulan. Syarat lesen MGL tak dapat dipenuhi jika beban hutang dan tunggakan dengan badan berkanun tidak diselesaikan…
Dia cari duit bayaq gaji tertunggak player dan pengurusan tanpa guna duit kerajaan. Sebab bagi dia duit kerajaan untuk selesai masalah masyarakat di Kedah, bukan untuk sara bola semata.
Dia cari duit bayaq tunggakan badan berkanun utk dpt lesen main dgn MFL. Kalau tidak, pakai tak boleh main lah!
Hutang RM16 juta DAPAT DISELESAIKAN dan berjaya lepasi syarat untuk dapat lesen MFL untuk team bola Kedah.
Selesai musim 2020 tanpa hutang semasa, Nusi perlu cari 8 juta lagi untuk bayar gaji dari bulan Julai hingga Nov 2020 dan settle HUTANG LAMA peringkat demi peringkat… AKHIRNYA SETTLE!!!.
Untuk main musim 2021 dengan syarat-syarat baru, Nusi berjaya tubuh dan daftar syarikat untuk miliki KDAFC, milik penuh MBI dan KFA.
Depa susun struktur kewangan dan bajet pasukan untuk 2021, buat pertandingan cipta logo, bentuk pasukan dan pengurusan baru dgn bajet 25 juta.
Lepas tu lantik penaung KDAFC – TS Dato’ Dr Daud Bakar untuk menyusun peralihan kepada swasta sepenuhnya.
Dengan setup tersebut, team bola Kedah berjaya harungi musim 2021 tanpa hutang dan gaji tertunggak.
Musim 2022, Nusi beri kepercayaan kepada pengurusan dan penaung untuk bentuk team dan cari dana, dengan komitmen bantuan kewangan daripada Presiden KFA RM10 juta.
Maka depa pun berkerja bersama penaung dan pengurusan KDAFC untuk cari penaja dengan komitmen daripada Nusi yang merupakan presiden KFA/Menteri Besar.
Kemudian Nusi melepaskan 51% saham KDAFC kepada penaung tanpa sebarang bayaran dan melantik dua orang wakil KFA untuk pegang 49% saham KDAFC sebagai struktur baru pasukan.
Sungguhpun begitu, Nusi masih tetap membantu mencari dana untuk pembayaran gaji pemain dan pengurusan.
Sejak Julai 2020, sebagai Presiden KFA dan pencari dana utama, sanusi tidak pernah ambil sesen pun elaun atau saguhati daripada KFA atau KDAFC.
Melepaskan saham KFA kepada pemilik baru tanpa sebarang balasan, hanya berhasrat memastikan KDAFC dapat survive dalam MFL dan memenuhi hasrat peminat bolasepak tempatan.
Dengan kegigihan dan tebal muka mengusahakan penyediaan melalui penajaan, pinjaman dan berhutang berjumlah puluhan juta untuk KDAFC sepanjang 2020, 2021 hingga kini tanpa sebarang balasan, untuk menyatakan sanusi tiada jasa untuk bolasepak (khususnya untuk Kedah) adalah KURANG AJAR dan BODOH.
Sanusi pernah meletak jawatan sebagai Presiden KFA utk beri laluan kepada tokoh-tokoh bukan politician menerajui bolesepak, tetapi ditolak oleh jawatankuasa eksekutif KFA…
Hutang dah settle… tanpa guna duit kerajaan. Kalau prestasi bola sepak Kedah berjaya meningkat, Sanusi boleh digelar lagenda pengurusan bola sepak Kedah.
Dengan sebesar begini pengorbanan dan usaha dikatakan tiada jasa atau buta bola… hampa silap orang lahhhh.
Tak perlu jadi anak raja kawal semua projek… atau kapaw pemaju.. atau sampai tanah negeri tergadai kepada pemaju asing…
Klik juga
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=633937848096336&id=100044403794956